Pesanan Imam Syafie

1. Kebaikan itu ada pada 5 perkara iaitu:
i. Mampu mengawal diri
ii. Menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain
iii. Menggunakan rezeki yang halal
iv. Berserah diri kepada Allah
v. Menyakini segala kekuasaan-Nya

2. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan dengan berfikir

3. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya, maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui

4. Orang yang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan

5. Keelokkan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula adalah warak dan berlemah lembut