Kes

Hari ini kita berbicara tentang apa kata mereka tentang kes jenayah di Malaysia
Bagi saya, kes di Malaysia makin meningkat walaupun telah banyak cara dan kaedah yang telah di laksanakan oleh kerajaan. Tapi masih ada lagi kes bunuh, buang bayi, pelacuran dan macam-macam lagi.

Kenapa ini terjadi? Rakyat Malaysia ada setengahnya takut untuk melaporkan pada pihak polis, ada yang tak suka ambil tahu, ada yang sombong sehingga jiran disebelah tidak diketahui asal usul and kerja mereka.

Kes meningkat hanya kerana sifat masyarakat itu sendiri yang tidak suka ambil tahu tentang persekitarannya. Jangan salahkan mana-mana pihak sekiranya anda suatu hari nanti akan ditimpa musibah dan tiada siapa yang akan membantu anda ketika itu sekiranya anda tergolong dalam golongan

TIDAK AMBIL TAHU!!

Berdiri Luruskah Kita?

Hari ini terlalu ramai yang datang masjid, surau untuk beribadah. Alhamdulillah, syukur pada Allah, tapi agak pelik ramai yang tak ambil endah tentang berdiri lurus, macam mana berdiri lurus?

Dalam panduan menunaikan solat, diberitahu bahawa sebelum menunaikan solat, seseorang itu perlulah berdiri lurus mengarah ke kiblat bagi yang mampu. Ayat ini menegaskan kita supaya berdiri lurus mengadap segala anggota badan kearah kiblat. Tapi anda sedar atau tidak, yang sebenarnya kaki anda tidak mengarah ke kiblat?
Dalam buku panduan ia tertulis perkara yang membatalkan solat adalah mengubah arah kiblat. Adakah kaki anda bukan anggota badan anda? Setengah ulama mengatakan, sekiranya ada anggota badan yang tidak lurus mengarah ke kiblat, maka tidak sah solatnya. Rupa-rupanya kita solat selama ini sah atau tak?

Sesetengah buku panduan menulis berdiri bagi yang mampu. Ya, kita memang boleh berdiri dengan gagah, tetapi bagaimana berdiri yang disyorkan oleh islam? Seperti yang saya katakan tadi, berdiri lurus bagi yang mampu dan mengarahkan semua anggota badan ke arah kiblat termasuklah kaki kita. Allah berfirman yang bermaksud, tidak akan di ubah nasib seseorang kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri. Moga apa yang disampaikan dapat menjadi iktibar pada kita semua. Amin.

Marah Kenapa?

Sebab ape kita kena marah-marah walaupun benda tu kecil je. Agak hairan juga, benda kecil pun nak gaduh sampai jadi kes besar, akhir sekali yang dah berkahwin akan bercerai, yang berkasih akan berpisah. Tapi semua tu boleh di elak kalau kita boleh kawal marah kita, kalau kita boleh buang marah tu jauh-jauh. Kita marah sebenarnya hanya nak tunjuk lagak kepada lawan kita supaya dia gerun dengan kita, tapi sedar atau tidak, sebenarnya kita sedang menunjukkan kebodohan dan kelemahan kita pada lawan.

Memang agak tak percaya, tapi itu adalah hakikatnya. Sabda nabi Muhammad s.a.w. orang yang kuat bukanlah orang yang kuat dari fizikalnya, tapi orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal marahnya. Sedar atau tidak, bila kita marah,hati kita yang sakit sangat-sangat, hati lawan selamba dia je boleh happy go lucky, dan mengikut kajian bila seseorang tu selalu marah, umur dia makin pendek dan tak awek muda.

Marah, panas baran, benci, geram dan macam-macam la yang buat hati kita sakit, ini boleh dikatakan sebagai peyakit hati. Sifat-sifat ini kita kena elakkan dan buang dari hati kita. Hati yang sakit sebab kita yang buat, bukan orang lain.

Kenapa Perlu Berbohong?

Zaman sekarang terlalu ramai yang telah diperdaya oleh sesetengah pihak yang langsung tdak bertanggunjawab….kenapa perlu begitu?...mari kita selongkar
Pembohongan bermula sejak kejadian Nabi Adam a.s yang telah ditipu oleh iblis melalui isterinya Hawa, pembohongan yang kedua terjadi ketika Habil dan Qabil ingin dinikahkan oleh ayahandanya melalui perkhawinan silang, iaitu adik dinikahkan dengan abang dan kakak dinikahkan dengan adik, pembohongan itu terjadi bila iblis menghasut Qabil, maka dengan kekuasaan Allah S.W.T maka terjadiah pembunuhan yang pertama di muka dunia ini ke atas kaum manusia. Maka dengan itu bermulalah bermacam kebinasaan terhadap dunia ini

Cuba kita perhatikan disekeliling kita, terlalu banyak pembohongan terjadi, ada yang dapat hasil lumayan dari penipuan itu, tapi ape yang kita buat? Soalan yang agak mudah utunk dijawab tapi terlalu payah untuk diterima oleh kita. Macam mana ya?
Semuanya bermula dari hati kita…
Hati yang bersih dan diselubungi oleh kebenaran dan kesucian adalah tonggak utama untuk menghindarkan diri dari terjebak dengan segala penipuan. Dari kehidupan kita ini boleh dibahagikan kepada 4 bahagian yang utama:
1. Jasad adalah Negara
2. otak adalah penasihat
3. hati adalah pemimpin
4. Islam adalah undang-undang dan perlembagaan

Jadi, jika pemimpin tidak pernah mendengar nasihat serta mengikuti segala undang-undang dan perlembagaan, maka binasalah Negara itu. Sama seperti hidup kita, hati yang kotor akan menyebabkan jasad menjadi kotor dan sekaligus memberi kesan kepada kehidupan kita. Adakah anda sudah sedar ape yang saya maksudkan?mungkin setengahnya sedar dan mungkin setengahnya tidak sedar.

Hati yang bersih bermula dari kesucian rohani kita, saya mengaku agak sukar dan susah untuk mencapai hati yang bersih, tapi jangan kita berputus asa, sebab kita ada Tuhan, mohonlah pada Dia. Biarlah kita menyucikan hati kita walaupun sedikit,tapi ia berterusan, kerana dari kecil ia bermula, lama kelamaan ia akan menjadi besar. Seperti anak dalam kandungan, ia bermula dari gabungan sperma dan ovum, kemudian menjadi kita sehingga sekarang dan ada diantara kita yang sudah berumahtangga. Lihatlah sekeliling kita, semuanya bermula dari yang kecil sehinggalah menjadi besar, tapi berterusan.

Bagaimana pula kita ingin mensucikan hati…
Terlalu banyak caranya dalam islam, tetapi amaran dari saya, jangan sesekali terperdaya dengan hasutan iblis dan syaitan yang ghaib atau yang bertopengkan manusia. Sebelum mengamalkan sesuatu ayat, selidiklah dahulu segala ayat itu, jika bermula dengan kalimah Tuhan dan segala ayat datangnya dari Al-Quran dan tidak dicampuradukkan dengan bermacam-macam ayat lain selain Al-Quran maka gunakanlah dan amalkanlah, tetapi jangan terlalu bergantung harap pada ayat itu, kerana segala-gala yang terjadi dalam dunia dan seisinya adalah dengan izin Allah S.W.T. dan ingin diperingatkan bahawa, maksud pada segala ayat juga perlulah difahami dengan baik agar ayat yang kita amalkan, kita faham akan maksud ayat yang dibaca.
Dalam islam antara cara untuk menyucikan hati terlalu banyak, antaranya:
1. Zikir
2. Solat fardhu dan solat sunat
3. Membaca Al-Quran
4. Bertahmid
5. Bersedekah dan sebagainya

Saya katakan tadi dipermulaan perbicaraan, hati yang suci datang dari kesucian rohani oleh itu mulalah dengan memohon taubat dari Tuhan, seterusnya ubahlah kehidupan kita, maka dengan izin Allah S.W.T. sucilah hati kita.