Berdiri Luruskah Kita?

Hari ini terlalu ramai yang datang masjid, surau untuk beribadah. Alhamdulillah, syukur pada Allah, tapi agak pelik ramai yang tak ambil endah tentang berdiri lurus, macam mana berdiri lurus?

Dalam panduan menunaikan solat, diberitahu bahawa sebelum menunaikan solat, seseorang itu perlulah berdiri lurus mengarah ke kiblat bagi yang mampu. Ayat ini menegaskan kita supaya berdiri lurus mengadap segala anggota badan kearah kiblat. Tapi anda sedar atau tidak, yang sebenarnya kaki anda tidak mengarah ke kiblat?
Dalam buku panduan ia tertulis perkara yang membatalkan solat adalah mengubah arah kiblat. Adakah kaki anda bukan anggota badan anda? Setengah ulama mengatakan, sekiranya ada anggota badan yang tidak lurus mengarah ke kiblat, maka tidak sah solatnya. Rupa-rupanya kita solat selama ini sah atau tak?

Sesetengah buku panduan menulis berdiri bagi yang mampu. Ya, kita memang boleh berdiri dengan gagah, tetapi bagaimana berdiri yang disyorkan oleh islam? Seperti yang saya katakan tadi, berdiri lurus bagi yang mampu dan mengarahkan semua anggota badan ke arah kiblat termasuklah kaki kita. Allah berfirman yang bermaksud, tidak akan di ubah nasib seseorang kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri. Moga apa yang disampaikan dapat menjadi iktibar pada kita semua. Amin.