Kenapa Perlu Berbohong?

Zaman sekarang terlalu ramai yang telah diperdaya oleh sesetengah pihak yang langsung tdak bertanggunjawab….kenapa perlu begitu?...mari kita selongkar
Pembohongan bermula sejak kejadian Nabi Adam a.s yang telah ditipu oleh iblis melalui isterinya Hawa, pembohongan yang kedua terjadi ketika Habil dan Qabil ingin dinikahkan oleh ayahandanya melalui perkhawinan silang, iaitu adik dinikahkan dengan abang dan kakak dinikahkan dengan adik, pembohongan itu terjadi bila iblis menghasut Qabil, maka dengan kekuasaan Allah S.W.T maka terjadiah pembunuhan yang pertama di muka dunia ini ke atas kaum manusia. Maka dengan itu bermulalah bermacam kebinasaan terhadap dunia ini

Cuba kita perhatikan disekeliling kita, terlalu banyak pembohongan terjadi, ada yang dapat hasil lumayan dari penipuan itu, tapi ape yang kita buat? Soalan yang agak mudah utunk dijawab tapi terlalu payah untuk diterima oleh kita. Macam mana ya?
Semuanya bermula dari hati kita…
Hati yang bersih dan diselubungi oleh kebenaran dan kesucian adalah tonggak utama untuk menghindarkan diri dari terjebak dengan segala penipuan. Dari kehidupan kita ini boleh dibahagikan kepada 4 bahagian yang utama:
1. Jasad adalah Negara
2. otak adalah penasihat
3. hati adalah pemimpin
4. Islam adalah undang-undang dan perlembagaan

Jadi, jika pemimpin tidak pernah mendengar nasihat serta mengikuti segala undang-undang dan perlembagaan, maka binasalah Negara itu. Sama seperti hidup kita, hati yang kotor akan menyebabkan jasad menjadi kotor dan sekaligus memberi kesan kepada kehidupan kita. Adakah anda sudah sedar ape yang saya maksudkan?mungkin setengahnya sedar dan mungkin setengahnya tidak sedar.

Hati yang bersih bermula dari kesucian rohani kita, saya mengaku agak sukar dan susah untuk mencapai hati yang bersih, tapi jangan kita berputus asa, sebab kita ada Tuhan, mohonlah pada Dia. Biarlah kita menyucikan hati kita walaupun sedikit,tapi ia berterusan, kerana dari kecil ia bermula, lama kelamaan ia akan menjadi besar. Seperti anak dalam kandungan, ia bermula dari gabungan sperma dan ovum, kemudian menjadi kita sehingga sekarang dan ada diantara kita yang sudah berumahtangga. Lihatlah sekeliling kita, semuanya bermula dari yang kecil sehinggalah menjadi besar, tapi berterusan.

Bagaimana pula kita ingin mensucikan hati…
Terlalu banyak caranya dalam islam, tetapi amaran dari saya, jangan sesekali terperdaya dengan hasutan iblis dan syaitan yang ghaib atau yang bertopengkan manusia. Sebelum mengamalkan sesuatu ayat, selidiklah dahulu segala ayat itu, jika bermula dengan kalimah Tuhan dan segala ayat datangnya dari Al-Quran dan tidak dicampuradukkan dengan bermacam-macam ayat lain selain Al-Quran maka gunakanlah dan amalkanlah, tetapi jangan terlalu bergantung harap pada ayat itu, kerana segala-gala yang terjadi dalam dunia dan seisinya adalah dengan izin Allah S.W.T. dan ingin diperingatkan bahawa, maksud pada segala ayat juga perlulah difahami dengan baik agar ayat yang kita amalkan, kita faham akan maksud ayat yang dibaca.
Dalam islam antara cara untuk menyucikan hati terlalu banyak, antaranya:
1. Zikir
2. Solat fardhu dan solat sunat
3. Membaca Al-Quran
4. Bertahmid
5. Bersedekah dan sebagainya

Saya katakan tadi dipermulaan perbicaraan, hati yang suci datang dari kesucian rohani oleh itu mulalah dengan memohon taubat dari Tuhan, seterusnya ubahlah kehidupan kita, maka dengan izin Allah S.W.T. sucilah hati kita.